web 2.0

10 TAHUN PTG

10 TAHUN PTG

Tuesday, September 8, 2009

Rayuan Dana Hari Raya Untuk ANak-anak Yatim Terengganu


Assalamualaikum....

Pihak pengurusan Pusat Tahfiz Gemilang menerima email berkaitan dengan Sumbangan Dana kepada anak-anak Yatim di Terengganu sempena Hari Raya yang semakin hampir.....

Sukacita, pihak PTG merayu kepada sesiapa sahaja yang ingin menyumbang.... teruskanlah sumbangan ke dalam akaun Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu......

Semoga Inilah Jariahn untuk kita bawa ke akhirat nanti.... amin.....

Monday, September 7, 2009

Pelajar Sekolah Rendah Positif DADAH - Apa Nak Jadi Dengan Malaysia ni.... Selamatkan ANak2 kita....???

306 murid sekolah rendah positif dadah
Sep 7, 09 1:17pm
Seramai 306 murid di beberapa buah sekolah rendah di negara ini dikesan terlibat dalam penyalahgunaan dadah tahun ini, kata
Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Malaysia (AADK) Datuk Abdul Bakir Zin.

Beliau berkata murid-murid berkenaan dikesan positif dadah hasil ujian air kencing secara proaktif yang dijalankan Unit Pencegahan AADK.

"Di Kelantan kami dapati lebih kurang 60 orang murid sekolah positif dadah. Kami berjaya mengesan mereka melalui Program Intervensi Pelajar yang dilaksanakan dengan Kementerian Pelajaran.

"Program ini dilakukan khusus untuk mengesan secara pro-aktif murid sekolah yang berkemungkinan menjadi penghisap dadah," katanya pada sidang akhbar selepas menandatangani terma rujukan dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata melalui kerjasama dengan Kementerian Pelajaran, AADK turut menjalankan program susulan bagi memastikan gejala penyalahgunaan dadah di kalangan murid dan pelajar dapat dibendung.

Abdul Bakir bekata Unit Pencegahan AADK turut melakukan pengawasan terhadap pelbagai badan, jabatan dan agensi kerajaan untuk memastikan tiada penyalahgunaan dadah berlaku di kalangan penjawat awam.

"Setakat ini tiada penjawat yang positif dadah yang kami kesan," katanya.

Beliau berkata pihaknya juga akan melakukan pemeriksaan berterusan terhadap pemandu bas sempena musim perayaan ini. BERNAMA

Mari Kenali Tokoh Ulama _ Tok Kenali ; Bahagian 1

Mari mengenali ulama : Biodata Tok Kenali (1868 - 1933) - Bhgn [1]


http://ibnurrahmat.blogspot.com

Muhammad Yusuf bin Ahmad

Muhammad Yusuf bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali (1868 – 1933) ialah seorang tokoh tokoh ‘Ulama’ , guru, tokoh pembangun pemikiran umat Islam di dunia sebelah sini, di awal abad ke-20. Beliau seorang alim Rabbani yang dalam hidupnya banyak berpandukan kitab Suci Al-Quran disamping Sunnah Nabi Shallallaahu alaihi wasallam. Beliau disebut juga sebagai seorang yang memilih hidup sederhana . dan juga seorang wali keramat dan mendapat ilham daripada Allah dan ilmu laduni (Ilmu Kurniaan Ilahi tanpa belajar).

Tokoh Besar Ulama Kelantan

Bagi seseorang yang mengkaji sejarah tanah air, lebih-lebih lagi menyelidiki “sejarah kelantan’ maka dia secara langsung atau tidak, akan menemui nama Tuk kenali’. Mengikut perkembangan sejarah, Tuk Kenali adalah merupakan seorang pembangun fikiran umat Islam di dunia sebelah sini menerusi pengajaran kepada murid-murid yang bertebar padabeberapa tempat di Alam Melayu, juga melalui fikiran-fikirannya yang membina menerusi majalah “Pengasuh”, keluaran Majlis Agama Islam dan Adat istiadat Melayu kelantan dan majalah “Al-Hikmah” sebuah majalah pengatahuan yang antara lain yang sedang bersemarak di masa ini.

Sesuatu perkara yang menarik perhatian kita ialah perjuangan dan penghidupan Tuk kenali adalah agak nyata. Beliau banyak menerima pengaruh dari ajaran-ajaran Failasuf islam Al-Iman Ghazali , (1058-1111M) seorang pembangun dan pembina fikiran umat Islam yang banyak membuat pembaharuan dalam acara mengupas soal-soal agama berdasarkan ajaran-ajaran kitab suci Al-Quran dan hadis di samping memperoleh ilmu ladunni di zaman silam. Melihat kepada perjuangannya, kita mendapati cara perjuangannya hampir-hampir sama dengan perjuangan Syaikh Muhammad Abduh (1849-1905M), seorang pembawa pembaharuan pemikiran umat Islam yang meletakkan kitab Al-Quran sebagai asas perjuangannya dan perjuangannya adalah secara melyeluruh menyedar dan membina masyarakat dalam aspek hidup, agama, ilmu pengatahuan, politik, sosial ekonomi dan lain-lain yang secara kebetulan di masa Tuk kenali berada di kota Suci Makkah dan semasa beliau melawat ke Mesir 1322H (1904M) merupakan akhir zaman Syaikh itu.

Kelahiran Tok Kenali

Beliau dilahirkan di Kampung Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan kira-kira pada tahun 1287H (1870M*) dengan nama Muhammad Yusof (pernah disebut sebagai Awang sahaja) iaitu di penghujung pemerintahan Sultan Muhammad II (1837-1886M). Bapanya seorang petani bernama Ahmad, manakala Fatimah, ibunya adalah seorang insan yang sopan dan bercita-cita tinggi dan murni.

Latar Belakangnya

Muhammad Yusoff dilahirkan dalam keluarga yang sederhana, dan ini adalah membentukkan sifat peribadinya yang tidak menonjol. Bapanya seorang petani manakala ibunya bagaimana kebiasaan orang-orang di kampungnya adalah bekerja menolong pekerjaan suaminya.

Sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negeri, Muhammad Yusof telah mula belajar pada datuknya sendiri Encik Salleh (Tok Leh) iaitu dalam pelajaran membaca kitab suci Al-Quran dan pelajaran tulis-menulis. Sesudah itu dia menyambungkan pelajaran ke masjid Besar Al-Muhammadi, Kota Bharu dan tempat-tempat pengajian lain di sekitar kota Bharu dalam pelajaran Bahasa Arab, nahu, saraf juga pengetahuan agama.

Isterinya ialah Cik Ruqayyah Mahmud. Beliau dikurniakan empat orang anak, iaitu Ahmad, Muhd Shaalih, Mahmud dan Abdullah Zawaawi. Keempat-empat anak Tok Kenali kesemuanya mengikut jejak langkah ayah mereka dengan bergelar Tok Guru.

Perlu disebutkan bahawa datuknya adalah seorang yang lebai, warak, mempunyai sedikit sebanyak ilmu-ilmu agama untuk panduan hidup, seorang yang mempunyai kesedaran, mematuhi peraturan-peraturan agama dan gemar berbuat ibadat semata-mata mencari keredaan Allah.

Bapanya meninggal dunia sewaktu umurnya baru meningkat 5 tahun. Beliau dilantik di bawah pengawasaan datuknya menyebabkan pengaruh bapanya kurang terasa dalam corak hidupnya. Di samping itu, nenek perempuan tirinya, Tuk Mek ngah turut memberikan pendidikan yang baik kepadanya termasuk pengawasan terhadap punca-punca makanan yang hendak disajikan. Menurutnya pengaruh-pengaruh makanan-makanan yang haram adalah membawa akibat yang buruk dalam penghidupan di dunia ini, lebih-lebih lagi di akhirat.

Menyambung Pelajaran Ke Kota Bahru

Sewaktu berusia antara sembilan ke sepuluh tahun, Muhammad Yusof telah mengambil langkah bagi menyambung pelajarannya ke Kota Bharu. Tempat pertama yang ditujunya ialah ke masjid Al-Muhammadi, di mana terdapat beberapa orang guru agama dan beratus-beratus orang murid dari seluruh ceruk Negeri Kelantan menyembung pelajaran mereka ke sini. Sekitar masjid besar ini, dewasa ini penuh dengan pondok-pondok (asrama) penuntut.

Dalam masa menuntut di sini beliau berguru kepada Tuan Haji Wan Ismail (ayahnda Datuk Perdana Menteri Paduka Raja, Kelantan, Dato' Nik Mahmud) Beliau belajar bersama-sama Encik Idris yang kemudiannya menjadi “Mufti Kerajaan Kelantan”’ Selain iatu beliau berguru kepada Tuan Guru Hj. Ibrahim, penambang (Mufti kerajaan Kelantan) Syaikh Muhammad Ali bin Ab. Rahman (Wan Ali) Kutan dan kepada Tuan Guru Padang (Hj. Ahmad) Kota Bharu.

Melanjutkan Pelajaran Ke Tanah Suci Mekah

Sebagai seorang pelajar, Tok Kenali telah menaruh cita-cita yang kuat untuk melanjutkan pelajaran ke Mekah. Pada tahun 1887M (1305H). Menjelang umurnya kira-kira 18 tahun, Tok Kenali menjejak Tanah Suci Mekah untuk meninggikan pelajaran agamanya di samping menunaikan rukun islam yang kelima, ibadat Haji iaitu sesudah enam bulan mengalami kesusahan di Lautan Hindi disebabkan kerosakan kapal yang ditumpanginya.

Bersambung...

Banyakkan pusat jagaan kanak-kanak - Shahrizat


KUALA LUMPUR 6 Sept. - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat meminta pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantu kerajaan mewujudkan lebih banyak pusat jagaan kanak-kanak di negara ini.

Menterinya, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, penubuhan lebih banyak taman bimbingan kanak-kanak (tabika), taman didikan kanak-kanak (tadika) dan taman asuhan kanak-kanak (taska) adalah bagi membantu keluarga-keluarga di Malaysia dalam penjagaan dan pengasuhan kanak-kanak.

Menurutnya, syarikat-syarikat perlu lebih serius dalam menyediakan kemudahan berkenaan kerana negara tidak boleh bergantung kepada pembantu rumah warga asing untuk selama-lamanya.

''Ini juga merupakan peluang ekonomi untuk pakar-pakar dalam bidang pengasuhan kanak-kanak untuk menceburi bidang ini,'' ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu kerajaan Indonesia dilaporkan meminta gaji minimum RM800 sebulan dibayar kepada pembantu-pembantu rumah yang bekerja di Malaysia.

Menurut Shahrizat, semua pihak perlu bekerjasama dalam hal itu kerana kewujudan lebih banyak kemudahan itu akan memudahkan pasangan yang bekerja menguruskan anak-anak mereka.

''Kementerian meminta semua individu memberi bantuan kepada kerajaan kerana kemudahan ini perlu ditambah,'' ujarnya.

Wednesday, September 2, 2009

Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Aidilfitri....

Maha suci Tuhan yang memudahkan kenderaan ini bagi kami, sedangkan kami tiba dengan mudah dengannya dan kepada Allah kami kembali.


Assalamualaikum....

Pusat Tahfiz Gemilang mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Menyambut Eidul Fitri. Semoga Ramadhan tahun ini dipenuhi dengan keberkatan disamping meningkatkan ibadah. Juga semoga Eidulfitri akan dipenuhi dengan sinar Kebahagiaan......

Kepada semua ibu bapa pelajar kami, berhati-hati di jalan raya. Memandulah dengan berhati-hati agar selamat diperjalanan. Jangan lupa mulakan perjalanan dengan bacaan Doa diperjalanan. Pentingnya berdoa adalah untuk memohon kerahmatan ALLAH agar diselamatkan kita daripada sebarang kesusahan sepanjang perjalanan pergi dan kembali....

Bagi mereka yang ingin bermusafir, berikut adalah doa untuk memulakan perjalanan Musafir anda....



Ya Allah! Mudahkanlah kami bermusafir dan dekatkanlah kejauhannya. Ya Allah! Engkaulah menemani dalam pemergian dan Engkau pulalah yang melindungi keluarga.