web 2.0

10 TAHUN PTG

10 TAHUN PTG

Monday, March 30, 2009

Perkembangan kanak-kanak

Disediakan oleh Dr Wan Asma Wan Ismail, Pakar Perunding Kanak-kanak.



Tuesday, March 24, 2009

5 PERKARA ASAS DALAM MENDIDIK ANAK

Pertama, jadikan perkataan syahadah iaitu La ilaha illa Allah sebagai kalimah awal yang didengari dan disebut oleh anak-anak. Seruan ini terbukti dalam gesaan Baginda SAW agar anak-anak di sambut menjelang kelahiran dengan kalimah-kalimah azan, yang turut mengandungi ucapan syahadah.

Selain dari azan, para ibu bapa juga harus berikhtiar agar anak-anak mampu menyebut perkataan ‘Allah’. Di samping anak-anak diajar perkataan-perkataan ‘susu’, ‘air’, ‘mama’, ‘abah’ atau sebagainya, ajarlah bersama-sama perkataan ‘Allah’.

Walau pun sebutannya agak sukar di peringkat awal, namun kebolehan anak itu menyebut perkataan ‘Allah’ akan menjadi satu tapak kukuh dalam usaha tarbiyah keimanan. Bahkan, perkataan ‘Allah’ ini tentunya merupakan zikir mempunyai kelebihan yang boleh membawa kepada ketenangan dan keceriaan kepada anak-anak, atau mungkin seribu macam kehebatan yang kita tidak sedari.

Selepas dibiasakan perkataan ‘Allah’, ibu bapa boleh teruskan mengajar anak-anak agar mampu menyebut kalimah syahadah. Seterusnya apabila anak-anak itu sudah boleh memahami, ibu bapa perlu pula menerangkan maksud kalimah syahadah itu dengan cara yang mudah difahami.

Kedua, Rasulullah SAW meminta agar anak-anak didedahkan dengan sempadan hidup iaitu soal halal dan haram. Anak-anak perlu didedahkan dengan istilah-istilah berikut iaitu: ‘baik’ dan ‘tak baik’; istilah ‘Allah suka’ dan ‘Allah tak suka’; istilah ‘masuk syurga’ dan ‘masuk neraka’; iatilah ‘dosa’ atau ‘pahala’; atau istilah ‘boleh’ dan ‘tak boleh’. Istilah-istilah ini bertujuan untuk memahamkan anak-anak bahawa kehidupan ini mempunyai batas-batas yang ditetapkan oleh Allah, dan setiap apa yang dilakukan mempunyai implikasi dosa pahala.

Sesetengah pihak mungkin berpandangan bahawa teknik ini akan menyekat ruang fikiran anak-anak, dan membantut pemikiran kritis dan kreatif. Pandangan ini adalah tidak tepat kerana, batas-batas yang ditetapkan kepada anak-anak ini adalah sesuatu yang bersumberkan dari Allah yang mencipta manusia.

Batasan itu bukannya sesuatu yang sengaja dicipta oleh ibu bapa dan digunakan secara sewenang-wenangnya. Bahkan ibu bapa sepatutnya menggalakkan anak-anak berfikir secara kreatif dan terbuka dalam perkara-perkara yang tidak dibataskan oleh syara’. Perlu diingat bahawa pembinaan keimanan melalui pengawasan kepada hukum Allah perlu diterapkan sejak anak masih kecil. Sikap liberal yang berlebihan akan menyebabkan anak-anak itu hilang pedoman, dan teraba-raba mencari laluan hidup apabila besar nanti.

Apa yang lebih penting, gesaan supaya anak-anak didedahkan dengan halal dan haram ini datang sendiri dari Baginda SAW yang bersabda sebagaimana diriwayatkan dari Ibnu Abbas, maksudnya:

“Beramallah dengan ketaatan kepada Allah, dan jauhilah maksiat kepada Allah, dan suruhlah anak-anak kamu supaya mematuhi perintah-perintah (Allah), dan menjauhi larangan-larangan (Allah), maka itulah pemeliharaan diri kamu dan diri mereka daripada azab api neraka” (Ibnu Jarir dan Ibnu Munzir)

Ketiga, bagi mengukuhkan iman kepada Allah, Baginda SAW meminta agar ibu bapa menyuruh anak-anak beribadat sejak dari kecil lagi. Seruan ini terbukti melalui sabdanya sebagaimana riwayat daripada Ibnu Amru bin Al-Ash r.a. bahawa Baginda bersabda, maksudnya:

“Suruhlah anak-anak kamu bersembahyang pada usia tujuh tahun, dan pukullah dia demi sembahyang pada usia sepuluh tahun, dan pisahkan antara mereka di tempat tidur.” (Al Hakim dan Abu Dawud)

Keempat, Rasulullah SAW meminta agar para sahabat dan sekalian umat Islam mendidik anak-anak supaya mencintai Rasulullah SAW serta keluarga Baginda. Kecintaan kepada mereka akan mendorong anak-anak untuk mengatahui lebih lanjut kisah kehidupan Baginda dan keluarganya. Seterusnya, anak-anak akan terbuka hati untuk menjadikan Baginda dan anggota keluarganya sebagai contoh teladan dalam kehidupan.

Kelima, Baginda juga menggalakkan umat Islam untuk mengajar anak masing-masing membaca dan menghayati al-Quran. Kecintaan kepada al-Quran adalah asas kepada ketekunan dalam menuntut ilmu dan mengamalkannya mengikut panduan Islam. Kelaziman bacaan al-Quran juga akan dapat mendekatkan diri anak-anak kepada Allah seterusnya menyuburkan lagi iman anak-anak.

Suruhan-suruhan Baginda SAW berkaitan mencintainya serta pembacaan al-Quran ini terkandung dalam sabda Baginda daripada Ali bin Abi Talib k.w. bahawa Nabi SAW bersabda, maksudnya:

“Ajarkanlah anak-anak kamu tiga perkara: Mencintai Nabi kamu, dan mencintai keluarganya, serta membaca al-Quran. Kerana para pembaca al-Quran berada di sisi arasy Allah bersama-sama para anbiya’Nya dan ashfiya’Nya pada hari tida naungan melainkan naungan Allah sahaja.” (Al-Tabarani)

Kesimpulannya, anak-anak memerlukan didikan dan perhatian dari ibu bapa terutamanya dari sudut tarbiyah ruhani. Dalam melaksanakan tuntutan itu, lima panduan yang diberikan ini, seharusnya menjadi rujukan utama bagi memastikan usaha tarbiyah itu berjalan dengan berkesan.

Abi Muslih & Mama Farhah

PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN SIRI 3



Trimester ke 2

Minggu 13-14

Anda: Mula berasa hilang loya (kalau beruntung la.. kalau tak, lama lagi la loya ). Risiko keguguran berkurangan. Perut mula nak nampak, payudara mula membesar lebih drp biasa, so pastikan anda memakai bra yg supportive. untuk kaum ibu yg bisa memakai underwired bra, anda dinasihatkan supaya memakai bra yg takde wire, sebab tak elok utk proses gland susu nanti.. so buat sementaa mengandung nih, sabar2kan la dgn bra yg biasanya di pakai oleh nenek2...

Bayi:Badan bayi anda tumbuh lebih cepat drp kepalanya, so lebih jadi lebih proportional (sebelum nih kepala besar). Sekarag saiz dan beratnya macam pisang emas. Kening dan bulu mata tumbuh, dan kulitnya mula ditumbuhi bulu2 halus (dinamakan lanugo) di serata badan dan dahi. Dia juga dah ada cap jari (bab nih ada ayat quran yg mengatakan kami tiupkan roh dan tuliskan nasib manusia pada jari dan dahinya.... saya ada baca benda nih dulu dalam buku miracle of quran, tapi saya dah lupa ayat yg mana)



Minggu 15 - 16

Anda: Perut anda makin nampak (tapi dr luar kan...still nampak mcm gemk je.. taknampak pregnant, ), so baju dan seluar mula lah tak muat. Sesetengah wanita, time nih muka nampak blooming (kemerah-merahan), kulit makin clear, rambut makin menebal dan kuku anda makin kuat.

Bayi: Jantung bayi semakin kuat, dan baby mula hiccup (cute kan.. err.. saya lupa bahsa Melayu hiccup tuh apa... g tersedu2 kenyang lepas makan tuh,.. sorry lupa lama tak cakap melayu). Salur darah mulai nampak kat seluruh permukaan badannya (sebab bdan dia masih jarang2 lagi) dan dia sekarang dah bersaiz buah mangga.

Tuesday, March 17, 2009

PROKID

Alhamdulillah program PROKID kali ke 5 pada tahun ini telah berjaya dilaksanakan. Terima kasih buat semua yang menjayakan termasuk abang-abang fasilitator jemputan Ustaz Luqman, Ustaz Fakhrul, Ustaz Wan Azmi & kakak Norlida, Kak Roha, Kak Farihah , Kak Ain , Kak Nurul , Kak Su & Kak Huraizah.

Pelbagai program ang diatur telah dapat dijalankan dengan baik sekali, walaupun khemah basah kuyup, namun iainya tidak mematahkan semangat adik-adik lelaki untuk bersama-sama.

Program ini telah disertai oleh seramai 96 pelajar. Mereka telah ditempatklan di Kem Telaga Batin Seberang Takir. Kemudian majlis ini telah disempurnakan Mahjis Penutupnya oleh Ybhg. Cg Fauzi Abu samah yang merupakan Pengurus Pusat Tahfiz Gemilang. Tahniah buat kumpulan Islamic Boys yang telah berjaya menjadi kumpulan Terbaik , serta Adik Hakim & Adik Alia yang menjadi peserta lelaki & perempuan bertuah pada hari itu.

Sunday, March 8, 2009

MICROWAVE OVEN - TEKNOLOGI YANG BOLEH BAWA MAUT...


BAHAYA MICROWAVE OVEN……….

Email : ZAMRI kecik's
Ramai yang guna benda ni kat rumah.... mari kita lihat kesan Microwave Oven... Nak Guna lagi ???? Tepuk dada tanyalah penyakit.... hehehhe...


Ketuhar gelombang mikro atau lebih popular dengan nama inggerisnya microwave oven, ialah antara gajet moden yang popular dikalangan para suri rumah dan pengusaha restoran di dunia sebagai jalan pintas menyediakan makanan untuk keluarga dan pelanggan.

Ketuhar ini amat popular kerana kecekapannya memanaskan makanan dalam sekelip mata. Lebih-lebih lagi, amat membantu pada bulan puasa, waktu sahur. Para ibu dan isteri hanya perlu masukkan makanan ke dalam ketuhar dan tekan punatnya...nyit...nyit...nyit dan tinggg.....! Makanan panas sudah pun terhidang. Justeru, hampir setiap rumah kini memiliki microwave oven.
Cara masak melawan fitrah

Cara memasak atau memanaskan makanan di atas api atau ketuhar biasa bermula dengan makanan panas di bahagian luar dahulu, kemudian barulah haba masuk ke bahagian dalam. Berlainan dengan penggunaan ketuhar gelombang mikro. Makanan yang dimasak atau dipanaskan akan menjadi panas di bahagian dalam dahulu, kemudian barulah haba bergerak ke luar.

Ini boleh dilihat dengan membakar kentang di dalam ketuhar gelombang mikro untuk satu tempoh yang agak lama, katakan sejam. Walaupun telah dimasak sejam, kentang kelihatan seperti belum masak. Tetapi jika dibelah, tiada apa di bahagian dalamnya melainkan arang!

Inilah yang dikatakan cara memasak melawan fitrah. Pastinya sesuatu yang melawan fitrah, lazimnya membawa keburukan .

Ketuhar pengancam nyawa

Ketuhar gelombang mikro diperkenalkan pada orang ramai sekitar pertengahan 1950-an. Ketika itu tidak banyak kajian saintifik terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro. Cuma sejak kebelakangan ini barulah pelbagai kajian dan penyelidikan dilakukan terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro kepada kesihatan manusia. Kesemuanya merumuskan bahawa ketuhar gelombang mikro menghasilkan makanan yang sangat bahaya.

Ini agak mengejutkan kerana ketuhar ini baru bersama kita beberapa dekad sahaja. Namun dalam tempoh yang singkat itu, pelbagai penyakit yang berbahaya dan pelik-pelik muncul satu persatu. Ini secara teorinya, menjelaskan penggunaan ketuhar gelombang mikro turut menyumbang kepada meningkatnya pelbagai penyakit yang mengancam nyawa!

Tidak hairan jika golongan remaja hari ini, banyak yang diserang sakit jantung, dan orang muda seusia20-an dan 30-an mati menghidap kanser.

Makanan jadi toksik


Dalam penggunaan ketuhar gelombang mikro, radiasi elektromagnetik menggerakkan molekul-molekul makanan. Molekul-molekul ini 'dipaksa' berpusing sedangkan kalau memanaskan makanan cara biasa, molekul-molekul ini bergerak dari tepi ke tepi.

Keadaan berpusing ini memusnahkan molekul dan kadang kala menyusunnya semula menjadi bahan-bahan toksik yang menyebabkan alahan kepada manusia.

Badan tak kenal makanan

Yang dibimbangkan tentang penggunaan ketuhar gelombang mikro, bukan radiasi yang terhasil, tetapi bagaimana ia merosakkan DNA makanan hingga badan manusia tidak kenal bahawa apa yang ditelan itu ialah makanan.

Kerana tidak mengenali makanan, badan bertindak menyalutinya di dalam sel-sel lemak sebagai perlindungan terhadap 'makanan mati'; atau badang mengumuhkannya dengan pantas.

Sesungguhnya telah banyak bukti saintifik yang didedahkan oleh saintis akan bahaya penggunaan ketuhar gelombang mikro, para pengeluar tetap mengatakan ia selamat kerana keuntungan yang diperoleh daripada penjualan ketuhar ini berlipat ganda.

Penemuan mengejutkan

Dua orang penyelidik, Blanc dan Hertel telah mengesahkan bahawa memasak menggunakan ketuhar gelombang mikro, dengan ketaranya mengubah nutrisi makanan. Hertel telah bertahun-tahun menjadi saintis makanan dan berkhidmat di sebuah syarikat makanan Swiss terkemuka. Dia dibuang kerja kerana mempersoalkan prosedur memproses makanan secara luar tabi'i. Lantas dia bergabung tenaga dan kepakaran dengan Blanc dari Swiss Federal Institute of Biochemistry dan University Institute for Biochemistry.

Kedua-dua saintis ini mengkaji kesan makanan mikro gelombang terhadap lapan individu dengan mengambil darah mereka sejurus selepas mengambil makanan gelombang mikro. Blanc dan Hertel mendapati paras haemoglobin individu-individu ini telah menurun. Hasil kajian ini menunjukkan orang yang makan makanan gelombang mikro cenderung mendapat anaemia (kekurangan darah).

Situasi bertambah jelas pada bulan kedua penyelidikan.


Itu baru dua bulan diberi makan makanan gelombang mikro, bagaimana kalau kita memakannya berbulan-bulan, bertahun-tahun?
Sepuluh sebab ketuhar gelombang mesti dibuang
Perhatikan fakta hasil kajian klinikal saintifik Swiss, Jerman dan Rusia di bawah ini:

• Makan makanan yang melalui proses ketuhar gelombang mikro menyebabkan kerosakan otak dalam jangka panjang iaitu ia 'memendekkan' utusan elektrik di dalam otak (depolarizing atau demagnetizing tisu otak).
• Badan manusia tidak mampu meleraikan (metabolize) bahan makanan yang dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro.
• Pengeluaran hormon lelaki dan perempuan terhenti dan/atau berubah dengan mengambil makanan gelombang mikro .
• Kesan makanan gelombang mikro sebenarnya ibarat sisa/sampah di dalam badan manusia.
• Mineral, vitamin dan khasiat makanan gelombang mikro berkurang atau berubah.. Jadi badan kita dapat sedikit sahaja manfaat makanan. Badan kita juga menyerap kompaun-kompaun yang berubah itu, dan tidak dapat meleraikannya.
• Mineral-mineral di dalam sayuran berubah menjadi radikal bebas yang menyebabkan kanser apabila dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro. Ini antara punca mengapa pengidap kanser meningkat.
• Makanan gelombang mikro menyebabkan ketumbuhan kanser di dalam perut dan usus-juga menjadi punca meningkatnya penghidap penyakit ini.
• Makan makanan gelombang mikro berpanjangan menyebabkan sel-sel kanser meningkat di dalam darah manusia.
• Makan makanan gelombang mikro secara berterusan juga menyebabkan merosotnya sistem imun melalui kelenjar limpa dan pengubahan serum darah.
• Makanan gelombang mikro menyebabkan hilang daya ingatan, tumpuan, kestabilan emosi dan mengurangkan kecerdikan..

Fikirkan...

Pernahkah kita terfikir mengapa anak-anak kita hari ini degil, keras dan gelap hati? Atau kerap berlaku 'haruan makan anak' serta amalan seks luar tabi'i? Atau pernahkah terlintas di benak fikiran kita, mengapa makin ramai yang cenderung menukar jantina -perempuan mahu jadi lelaki dan yang lelaki mahu jadi perempuan? Fenomenanya krisis identiti dan gender kini menular dan semakin menjadi kelaziman. Antara sebabnya ialah kecelaruan hormon di dalam badan yang selain disebabkan makan makanan yang berstatus syubhah, juga berkemungkinan besar berpunca daripada makanan yang ditelan melalui proses gelombang mikro.

Selain pengusaha restoran, siapa lagi yang menghidangkan makanan yang mengancam kesihatan ini kalau bukan kita sendiri? Kitalah isteri, kitalah ibu yang kononnya sentiasa siuk. Maka ketuhar gelombang mikrolah yang kita sandarkan untuk pantas menyediakan makanan keluarga tersayang.

Jika di rumah kita ada ketuhar ini dan telah tahu akan bahayanya, hentikanlah penggunaannya. Hanya mereka yang zalim sahaja sanggup menggadai nyawa sendiri dan ahli keluarganya.

Jika anda sedang berkira-kira mahu membeli ketuhar gelombang mikro, lupakan niat itu. Laburkan duit anda itu untuk sesuatu yang lebih bermanfaat untuk kesihatan keluarga. Jangan kita menjadi pembunuh kepada keluarga melalui penggunaan ketuhar gelombang mikro dengan memberi mereka makan makanan yang mengancam nyawa!

Terdapat banyak jurnal dan rencana kesihatan dan perubatan yang menjelaskan bahayanya ketuhar gelombang mikro kepada nyawa manusia. Antaranya:

http://www.mercola.com/article/microwave/hazards2.htm
http://www.cancersalves.com/article/microwave.html
http://www.indigosun.com/august99/microwave.htm

Saturday, March 7, 2009

PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN SIRI 2




Anda : kulit anda mungkin berubah menjadi lebih licin atau lebih berminyak semuanya disebabkan oleh perubahan hormones. Kepala anda mula terasa mabuk2 pening, gusi mula senang berdarah, so hati2 bila berus gigi.
Bayi : Semua anggota bayi nda telah mulai ada waluapun belum sempurna sepenuhnya. Bayi dah boleh menendang (tapi anda belum boleh rasa). Otaknya tumbesar dgn kadar yg sangat menakjubkan, 250 000 sel otak dalam seminit.



Minggu 11-12

Anda: Anda menjadi semakin lapar dan dahaga sebab metabolism anda bertambah. Mungkin ada satu line hitam kat perut anda (memanjang ke atas, dinamakan linea nigra) dan biasa lah ada benda nih (jgn risau, lepas beranak nanti Insya-Allah hilang). Selalunya time camnih bidan dah mula book anda untuk appoinment anda yg pertama (dan scan) dan bagi yg tak tahu tarikh bila due, masa nih la dapat tahu dgn lebih tepat berdasarkan scan).

Bayi: Bayi anda kini sepanjang ibu jari. Jari2 kaki dan tangannya mula berpecah, dah mula ada siku dan pergelangan tangan. Usus kecil, ginjal dan hatinya telah mula bekerja dan muka dia telah mula lebih macam manusia. Dia boleh menggeliat, golek dan menguap (cute kan?) dan tahap sebegini, bayi anda kurang terdedah kepada kecacatan disebabkan jangkitan (seperti rubella).

2 minggu yg pertama juga penting, sebab kalau berlaku keguguran, kebanyakannya berlaku sebelum 12 minggu, so ada org yg selalunya tunggu usia kandungan lebih 12 minggu sebelum dia bagitau org lain.

Tuesday, March 3, 2009

PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN SIRI 1



Pregnancy di bahagikan kepada 3 bahagian. Jumlah keseluruhan minggu mengandung di kira sebagai 40 minggu bermula drp tarikh terakhir period. Jadi,

1. Trimester pertama bermula drp minggu 5 hingga ke minggu 12.
2. Trimester kedua minggu 13 hingga ke minggu 26.
3. Trimester ketiga minggu ke 27 hingga ke minggu 40.

4 Minggu yg pertama

Anda: disebabbkan tarikh diambil drp tarikh terahir period, seseorang wanita itu tidak semstinya telah mengandung pada minggu ini. Selalunya, bila wanita tu perasan dia tak dtg kotor, dia telah mengandung 2 minggu.

Bayi: baby anda pada waktu ini masih di panggil janin, belum panggil bayi lagi. Baru bermula drp satu sel dan bergerak ke arah rahim drp fallopian tube.



Trimester Pertama

Minggu 5-6

Anda: masih belum nampak mengandung, anda mungkin juga masih belum tahu anda mengandung. Tapi tanda2 seperti kepenatan, kekerapan buang air kecil, lidah rasa pelik, loya dan kadang2 ada bau yg biasa rasa pelik

Bayi: Bersaiz biji limau (kecik), rupanya masih macam berudu tapi otak telah mula beroperasi, jantung dah mula mengepam keseluruh badannya, tulang belakang dan central nerbous sistem dia telah mula beroperasi


Minggu 7-8

Anda: Payudara anda akan menjadi sedikit gelap dan pinggang anda sikit menebal (nampak gemuk sikit la.. selalu org yg tak sedar dia pregnent akan heran, apesal la aku gemuk nih? hehehe..). Semakin loya dan kepenatan di sebabkan hormon pregnant nih, emosi anda terganggu, sedih sgt atau gembira sgt, anda pun tak faham mengapa. Badan anda menghasilkan lebih byk darah, dan kadar degupan jantng anda bertambah.

Bayi: Organ2 dalaman bayi yg utama mula tumbuh, now dia dah bersaiz kacang merah (kidney bean). Dia baru nak tumbuh jari, muka baru nak jadi mcm manusia, kelopak mata, lidah baru nak tumbuh. By minggu ke 8, ekor (yg macam berudu) tuh mula hilang, so sekarang dia tak dipanggil janin lagi.. dah boleh panggil fetus.