web 2.0

10 TAHUN PTG

10 TAHUN PTG

Thursday, June 3, 2010

Amaran Utk Bapa Yang Merokok..... Merokok boleh membunuh Anak anda....!!!!

Ciuman Perokok Boleh Bunuh Kanak kanak
Posted on Wednesday, June 02 @ 13:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Berita Oleh: rozmal

"MELBOURNE, 2 Jun (Bernama) -- Ciuman perokok boleh membawa maut kepada kanak-kanak, kata seorang pakar kesihatan kanak-kanak. Prof Robert Booy, pengarah penyelidikan di Pusat Imunisasi dan Penyelidikan Kebangsaan di The Children's Hospital di Sydney, berkata ini kerana perokok berkemungkinan besar membawa sejenis bakteria yang berbahaya pada kerongkong mereka.

"Bakteria yang boleh menyebabkan kematian ini akan dipindahkan kepada kanak-kanak semasa mereka dibelai dan dicium," katanya seperti yang dipetik oleh Australian Associated Press.

Seorang daripada 10 kanak-kanak yang terkena penyakit akibat jangkitan bakteria itu akan meninggal dunia, kata laporan itu.

"Perokok adalah pembawa kuman seperti meningococcus. Jadi, pelukan dan ciuman pada kanak-kanak, boleh menyebabkan kuman tersebar walaupun seseorang perokok itu merokok di luar rumah," kata Prof Booy.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=502911

Tuesday, June 1, 2010

Marilah Menyumbang Demi Gaza....


Sumbangan boleh dibuat melalui
SMS:0133931057 (jangan telefon, SMS SAHAJA),
PM:wan_jtk ATAU ambo_jr atau ramlisdar
Email:spawn_su@yahoo.com


NO.AKAUN 1: 164726003365 (Maybank)
NAMA PEMEGANG AKAUN: WAN SHAFAREEN BIN WAN

NO.AKAUN 2: 564726100475 (Maybank)
NAMA AKAUN: TKO GLOBAL (Hanya boleh melalui atm sahaja)

Berhati-hati dengan Pokok ini...Mungkinkah ia akan membunuh anak anda...???

PLAY IT SAFE FRIENDS ..... IT MIGHT BE TRUE. DON'T TAKE CHANCES .


With kind regards and best wishes, Dr. Kivumby.

Dear all,

Please read below. The message is true. I almost lost my daughter who put a piece of the leaf of this plant in her mouth and her tongue swelled to the point of suffocation. This is one plant but there are others with the same characteristics of coloring. Those are also poisonous and we should get rid of them. Please watch out for our children. As we all leave our children home in the hands of the helpers, we should give them a safe environment where they can play .

"This plant that we have in our homes and offices is extremely dangerous!

This plant is common in Kenya , Rwanda , Uganda in plant nurseries, many offices and homes. It is a deadly poison, mainly for the children. It can kill a kid in less than a minute and an adult in 15 minutes. It should be uprooted from gardens and taken out of offices. If touched, one should never touch ones eyes; it can cause partial or permanent blindness. Please alert your buddies.

cid:1.3803331103@web113303.mail.gq1.yahoo.com



Tuesday, May 18, 2010

SELAMAT HARI GURU-Sertis

Pada 16 Mei yang lalu, Sekolah Rendah Tahfiz & Integrasi Sains (SERTIS) telah mengadakan sambutan hari guru di Pantai Tok Jembal. 

Antara program yang dijalankan ialah sukaneka iaitu permainan gelek tayar, rebut coklat, kepit bola dan pelbagai lagi. Guru besar Ustaz rasyid mengucapkan terima kasih kepada anak-anak didikannya yang telah memberi hadiah serta penghargaan kepada semua guru-guru di Sertis. 

Bagi pelajar pula mereka mengambil kesempatan pada program ini untuk mengeratkan silaturahim anatara guru dan pelajar agar mereka sentiasa disayangi dan diberikan keberkatan dari Allah. 

Terima Kasih Cikgu....

Cikgu kami sayang kamu....

emm...cikgu..terima kasih..

emm.emm....em.....

cikgu terima kasih banyak2

kami nak ucapkan ribuan terima kasih kat guru-guru kami 

thank u teacher

terima kasih cikgu

cikgu syukran....

Wednesday, May 5, 2010

Salam Hadiah Untuk Hari Ibu


Kraf rama-rama


Mobile




Assalamualaikum
Aktiviti ini boleh dijalankan untuk tema serangga dan anggota badan. Misalnya rama-rama di bawah ini. Guru boleh menggunakan tapak tangan untuk membentuk kepak rama-rama.
Bagi aktiviti menguntai manik dan menjahit, tebuk di bahagian kepak rama-rama untuk memasukkan benang dan manik. Hasil aktiviti ini boleh dijadikan kalung yang dihadiahkan kepada ibu sebagai tanda ingatan sempena Hari Ibu.
Kita juga boleh membuat kad-kad hari ibu dan kad harijadi. Gunakan kad manila dan penebuk lubang kraf berbentuk hati untuk menghiasi kad yang telah dibuat.

Wednesday, April 28, 2010

HEBAT (HARI BAKAT & KESENIAAN ISLAM)

  Pada 17 April 2010 yang lalu, PTG telah menganjurkan satu program Hari Bakat & Keseniaan Islam untuk mencungkil bakat yang ada pada anak-anak TTG, Sertis & PKA. Memang meriah dan seronok.Program diadakan di Sekolah Menengah Teknik Lapangan terbang pada asalnya tapi kerana masalah teknikal dipindahkan ke Sekolah menengah Sains Sultan Mahmud.

Pengurus Cg Fauzi menyerahkan cenderahati 
kepada Perasmi Tn. Mohamad B. Ngah.


pertandingan bercerita


Peserta Spelling Challenge dari SERTIS


Pertandingan Membaca Read Easy

pertandingan Anakku Aktif ( Taska)

Pertandingan Nasyid 

Pasukan Nasyid Losong
pasukan Masjid Putih
sebahagian hadirin
pasukan Nasyid SERTIS 1
menanti sesi pembahagian hadiah

lebih lanjut boleh rujuk pada galeri gambar

Sunday, March 21, 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

11 Mac 2010
Tadika Tahfiz Gemilang cawangan Gong Badak

Majlis sambutan Maulidur Rasul telah diadakan pada hari tersebut dengan disertai 90 pelajar dari TTG Gong Badak. Mengelilingi taman perumahan berdekatan, alunan selawat dari anak-anak kecil turut diraikan oleh masyarakat sekitar.

Semoga dengan sambutan ini, maka bertambahlah kasing sayang adik-adik kepada Rasulullah SAW.










Thursday, February 11, 2010

PERMATA MENGANCAM PENDAPATAN SWASTA



KUALA TERENGGANU – Dengan peruntukan yang ‘mewah’ Taska PERMATA yang dimulakan dengan program Permata oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, kini menjadi ancaman kepada pengusaha Taska persendirian negeri ini
Pada 11 Januari, 2009, saat-saat hampir menjelang Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, Rosmah yang kini di gelar sebagai ‘ibu Permata’ mengumumkan program Permata ciptaanya mendapat peruntukan sebanyak RM77 juta.
Lima bulan selepas itu, pada 9 Jun, 2009, Bernama melaporkan program Permata Rosmah telah diperuntukkan pula RM150 juta melalui Pakej Rangsangan Ekonomi.

Pada bulan Oktober, 2009 pula, suaminya Perdana Menteri Dato’ Seri Najib telah mengumumkan peruntukan untuk program isternya itu, dalam pembentangan Bajet 2010 sebanyak RM100 juta.

Di negeri Terengganu, program Permata akan dilaksanakan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Negeri Terengganu (YPK).

Menurut Laman Rasmi YPKT, Ketua Penolong Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Negeri Terengganu (YPKT) Kamarulzaman Awang berkata, Taska Permata dibangunkan oleh YPKT dengan peruntukan khas sebanyak RM6.4 juta.

Dengan itu, sebanyak 32 Taska Permata telah mula dibangunkan disetiap DUN sejak Mac tahun lalu, disamping 43 buah yang Taska sedia ada yang telah beroperasi dibawah YPK.

Kemunculan begitu banyak Taska dibawah kelolaan kerajaan telah menjadi saingan dan membimbangkan pengusaha Taska persendirian.

Malah, seramai 100 orang pengusaha Taska persendirian yang bernaung dibawah Persatuan Pengusaha Taska (Pengasuh) melihat kemunculan Taska Permata akan mengancam ‘periuk nasi’ mereka.

Seorang pengusaha Taska yang menghubungi Buletinonline berkata, perkhidmatan ‘percuma’ yang disediakan oleh Taska Permata menyebabkan saingan dalam industri tersebut menjadi ‘berat sebelah’.

”(Taska) Permata menawarkan perkhidmatan percuma kepada anak-anak bagi ibu bapa yang berpendapatan RM1500 kebawah, manakala ibu bapa yang mempunyai pendapatan lebih RM3000 sebulan dikenakan yuran RM50 sebulan,

”jika tidak ada satu garis panduan dan pemantauan, kami akan ‘gulung tikar’,”katanya yang tidak mahu dikenali.

Beliau berkata, terdapat 115 buah Taska persendirian di negeri Terengganu terpaksa bersaing, merebut pasaran yang sama.

Katanya peruntukan ‘mewah’ yang diberikan, Taska Permata bukan sahaja percuma tapi berupaya menggaji guru-guru berkelulusan Ijazah dan mengadakan perlbagai keperluan lain seperti taman mainan kanak-kanak dan permainan serta alatan yang lebih baik.

”Jika dibuat perbandingan, mesti ibu bapa memilih Taska Permata daripada Taska kami, bukannya khidmat kami tidak baik,

”(tapi) ‘modal’ kami kecil dan tidak mampu membiayai pelbagai kemudahan yang disediakan di sana (Taska Permata),”jelasnya.

Oleh yang demikian, beliau berharap satu polisi atau garis panduan dapat disediakan untuk memastikan Taska persendirian ‘terus bernafas’.

Walaupun, katanya, seolah-olah ada persefahaman dari pihak YPK, atas beberapa perkara, namun ia hanya ‘janji mulut’ yang tidak ada jaminan secara ‘hitam putih’.

”Saya dimaklumkan, YPK menetapkan beberapa syarat kemasukkan anak-anak ke Taska Permata, antaranya mereka (YPK) tidak akan menerima (bekas) pelajar-pelajar dari Taska lain, namun ia hanya secara lisan,”katanya.

SUMBER RASMI:http://buletinonline.net